Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah
dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang
mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).
Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan,
yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak
di dalam Wayang Kulit.
Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan
kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak
selselema burung
pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan.
Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.
Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun
sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh
penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail
atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan
beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah
keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum,
ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga,
teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di
Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam
pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan
cantik") dan dihakimi oleh para hakim.
Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya,
ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam
tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi
mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail.
Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak
patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak
ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk
bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka
perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita
belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."
Post a Comment